Saturday, January 9, 2010

Bosan dan kebosanan

Bosan adalah satu sifat manusia yang hadir dengan tiba-tiba. Ia adalah satu perasaan yang lahir dari minda bawah sedar dan apabila ia hadir ia akan menguasai minda dalam sedar. Jangan biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu penyakit yang mesti ditangani.kerana sikap ini adalah sikap negatif kerana orang yang berada dalam keadaan ini berpotensi untuk melakukan sesuatu yang kurang baik bagi menghilangkan kebosanan. Nasihat saya , kepada kwan2 yang bosan, carilah aktiviti yang berfaedah yang dapat menghalang rasa bosan dari hadir dan membuatkan diri ceria. Baca Al-Quran, novel ataupun hobi seperti cross teach dan mengait.